Biografi Sheikh Muhammad Nuruddin Al- Banjari - Beliau Bernama al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Tempat tinggal beliau di banjar bernama Harus, Amuntai tepatnya pada tanggal 1 September 1960M. Anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang taat beragama. Ibunda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.
Syeikh Al-Banjar keTanah Suci Mekkah
Pendidikan pertama beliau dapatkan kampung halaman Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah sampai tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidil haram dan juga dirumah para masyaikh.Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajiannya di madrasah Shaulathiah. Di samping itu, beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu’in, ‘Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.
Syeikh Muhammad al-Banjari merupakan murid kesayangan gurunya Syaikh al-'Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuan guru beliau ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Sheikh Muhammad Nuruddin Al- Banjari amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama’ yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama’ yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama’, Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab "cakap sahaja tanpa perlu khuatir". Kitab-kitab yang dipelajari Sheikh Muhammad Nuruddin Al- Banjari bersambung sanad hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.
Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universitas al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma’had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am "Dirasat ‘Ulya" pada tahun 1990.
Guru Sheikh Muhammad Nuruddin Al- Banjari ketika belajar di Mekah dan Mesir
- asy-Syaikh al-‘Allamah Hasan al-Masyath رحمه الله
- asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله,
- asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله,
- asy-Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji رحمه الله,
- asy-Syaikh al ‘Alaamah al-Jalil as-Sayyid ‘Amos رحمه الله
- asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه الله
- asy-Syaikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله
- asy-Syaikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله
- asy-Syaikh Karim al-Banjari رحمه الله
- asy-Syaikh ‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله
- asy-‘Adnan al-Afnani رحمه الله
- asy-Syaikh Saifurrahman رحمه الله
- asy-Syaikh Sahili al-Anfanani رحمه الله
- asy-Syaikh Said al-Bakistani رحمه الله
- asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه الله
- asy-Syaikh al-Jalil al-Habib ‘Abdul Qadir as-Saggaf حفظه الله
- asy-Syaikh Muhammad Muntashir al-Katani al-Maghribi رحمه الله
- asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه الله
- asy-Syaikh al-‘allamah Muhammad Makki al-Hind رحمه الله
- asy-Syaikh Muhammad Makhluf رحمه الله
- asy-Syaikh al-‘allamah ‘Abdullah bin Hamid رحمه الله
- asy-Syaikh al-‘Allamah al-Kabir Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه الله
- asy-Syaikh al-Imam al-Akbar ‘ali Jadul Haq رحمه الله
- asy-Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
- al-Ustaz ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه الله
- asy-Syaikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه الله
- asy-Syaikh al-‘allamah al-Kabir Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه الله
- asy-Syaikh al-‘Allamah al-Faqih ‘atiyyah Saqr رحمه الله
- asy-Syaikh al-‘Allamah Hussin رحمه الله
- asy-Syaikh ‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
- al-Ustadz ad-Doktor Ahmad umar Hasyim حفظه الله,
- al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahin
- al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdul Fattah asy-Syaikh,
- al-Ustadz ad-Doktor Nashr Farid,
- asy-Syaikh al-‘Arifbillah Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله dan ramai lagi.
Sheikh Muhammad Nuruddin Al- Banjari menyandang Gelar Azharus Tsani
Setelah menamatkan pendidkan di Universitas al-Azhar beliau menumpukan perhatiannya untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) satu julukan yang terhormat dan tulus dari masyarakat universiti al Azhar sendiri.Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama "Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin" semenjak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamik al Path di Madinah Nasr. Di samping mengajar, Sheikh Muhammad Nuruddin Al- Banjari juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama’ muda ini. Dan memanglah semenjak dari awal keterlibatannya dalam dunia ta’lim beliau telahpun menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama. Semoga Allah Ta’ala mengurniakan kesehatan dan ke’afiaatan kepada beliau serta keluarganya dan memberikan kesempatan yang seluasnya untuk beliau terus mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan karya ilmiah.
Karya-karya Sheikh Muhammad Nuruddin Al- Banjari
Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari telah menghasilkan karangan dan juga mentahqiq kitab-kitab mu’tabar tidak kurang daripada 50 buah karangan kebanyakannya dalam bahasa Arab.Kitab tulisan beliau:
الإحاطة بأهم مسئل الحيض والنفاس والاستحاضة
تساؤلات وشبهات وإباطيل حول معجزة الإسراء والمعراج والرد عليها
المختار من نوادر العرب وطرائفهم
آدب المصافحة
من هو المهدى المنتظر؟
المجال الإقتصاد في الإسلام
بيان مفتى جمهورية مصر العربية حول فوائد البنوك في ميزان أهل العلم
سفر المرأة (احكامه و آدابه)
الدرر البهية في إيضاح القواعد الفقهية
معلومات تهمك
أسماء الكتاب الفقهية لسادتنا الأئمة الشافعية
أحكام العدة في الإسلام
آراء العلماء حول قضية نقل الأعضاء
أدلة بحريم نقل الأعضاء الآدمية
الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر في الكتاب والسنة
العبر ببعض معجزات خير البشر صلى الله عليه وسلم
محمد نور الدين مربو البنجاري المكي والأحاديث المسلسة
الجوهر الحسن من أحاديث سيدنا عثمان عفان رضي الله عنه
اسمى المطالب من بعض أحاديث سيدنا على بن أبي طالب رضي الله عنه
مراقي الصعود من بعض أحاديث سيدنا عبدالله بن مسعود رضي الله عنه
إفادة العام والخاص من بعض أحاديث سيدنا عبدالله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما
الكواكب الدري من أحاديث سيدنا أبي سعيد الخدري رضي الله عنه
الكواكب الأغر ببعض أحاديث سيدنا عبدالله بن عمر رضي الله عنهما
زاد السلك من أحاديث سيدنا أنس بن مالك رضي الله عنه
الإقتباس من أحاديث سيدنا عبدالله بن عباس رضي الله عنهما
فيض الباري حول بعض أحاديث سيدنا أبي موسى الإشعري رضي الله عنه
الردة أسبابها وأحكامها
توفيق الباري لتوضيح وتكميل مسائل الإيضاح للامام النووي
مكانة العلم والعلماء وآداب طالب العلم
Dan banyak lagi
Kitab-kitab yang ditahkik oleh syeikh muhammad Nuruddin al-banjari
رسالة المعاونة والمظاهرة والمؤازرة
قرة العين بفتاوى الشيخ إسماعيل عثمان زين
رفع الأستار عن دماء الحج والاعتمار
شروط الحج عن الغير
الحسن البصري
إقامة الحجة غلى أن الإكثار في التعبد ليس ببدعة
خصوصيات الرسول صلى الله عليه وسلم
يستان العارفين
EmoticonEmoticon